Wednesday, September 14, 2016

Rania oh Rania

Hmmm *keluhan*

Keluhan berat tu. Yela, nak tinggalkan Rania kat umah pengasuh. Next week da start keje. Bukan apa sbg ibu kan macam2 kita rasa. Kadang2 rasa down sgt pon ada. Bila cakap pasal down ni. Ha ni la salah satu sebab aku tulis kat blog ni. Kalo tulis kat fb panjang sgt. Orang pon tanak baca kan. So, aku tulis kat sini jela. Aku down sebab pe?! Yela, aku sebagai ibu muda banyak benda yg aku kena belajar. Tak payah la hai nak kondem2 bagai. Aku bukan jenis orang yg tak bole terima teguran tapi kadang2 berpada-pada la. Aku tak sampi 2 bulan kot lahirkan Rania dan first daughter bukannya aku anak dah 4 or 5 orang. Banyak benda aku kena belajar. Kadang2 aku bengang bila aku buat macam ni buat macam tu kat Rania orang lain pertikaikan. Hello! Rania tu lahir dari perut aku czer lagi hokey! 

Jangan manjakan anak dengan air-cond. Rumah aku tade air-cond tu pon. Ada kipas je. Upgrade cikit air cooler tu ha. Yela, korang kena faham cuaca macam mana sekarang ni. Ini bukan zaman 70an, 80an dan 90an. Zaman ais batu. Ni zaman 2016 zaman ais da cair. Malam pon bahang. Takan la nak biar baby berpeluh pastu biarkan melalak. Aku pulak bukan suka jenia baby menangis. Bagi aku tape biar baby selesa dan diam senang nak buat keje nanti.

Buaian. Memang dari mula aku dan Mr Husby tanak ajar Rania pakai buai. Tapi terpaksa. Habis tu macam mana aku nak buat keje basuh kain baju, pinggan mangkuk bagai. Kalo Rania bole duduk diam biar kan dia sorang2 tape. Ni tak kadang2 time dia nangis takan aku nak tinggal semua keje rumah? Ingat Mr Husby aku tu 24jam ada je kat rumah? Nak buat keje itu ini. Ntah la. Ada speakers yg kata tak elok berbuai nanti nak jalan rumah orang susah. In sya Allah, sape yg ckp macam tu depan aku memang lepas ni aku takan pergi dah rumah orang tu bawak Rania. Sakit pulak hati kita ni.

Aku perasan Rania ni manja cikit. Of coz semua baby nak manja dan perhatian lebih dari parents dia. Mana de baby letak diam terus tido. Tak pun letak je bole main sendiri bole pegang botol sendiri bole buat susu sendiri. Mana ada! Yela time 2 bulan ni la aku nak bagi kasih sayang penuh kat Rania. Bila aku da masuk keje balik aku tak rasa aku bole bagi masa tu kat dia. Kalo ada pon malam or weekend je. So, ni la masa untuk aku dan Rania.   ;)

Tuesday, August 9, 2016

God, I'm pregnant!

Tak sangka; itulah gambaran perasaan aku masa tu. Awal Disember 2015, aku dapat tau aku pregnant. "God, I'm pregnant! " syukur. 

Pada mula aku pon tak sangka, haid aku lewat 12 hari. Tu pon aku tengok dari  apps period tracker yang aku download. Dan aku mengalami beberapa simptom pra-haid. So, pagi2 lagi aku bangun untuk test sama ada aku pregnant ke tak. Masa tu memang aku tawakal je dan aku tanak berharap sangat. 


*Tadaaa*   Ni la result nya. 

Dari toilet berlari ke bilik semata-mata nak gerak Mr Husband nak tunjuk result yang aku pregnant. Mr Husband bole pulak buat muka blur macam tade pape berlaku. Hello! Yela, aku pon gerak dia mengejut mana tak blur. Hahah 
Last, dengar jugak ucapan terima kasih dari Mr Husband. 

Dari detik ini bermula la rutin sebagai ibu mengandung. Bila makan terjah dalam mulut je, automatic keluar balik. Tapi itu sementara je, bila kandungan aku dah masuk bulan ke 5, rasa loya dan muntah tu beransur hilang. Masa ni jugak la nafsu makan membuka-buak. Alhamdulillah aku ni bukan jenis mengidam bukan2. So far, Mr Husband senang nak cari la. Tapi bab merajuk dan mengada-ngada tu memang kadang2 lebih. 

Bagi yang tengah pregnant tu, aku nasihat kan korang enjoy the moments. Tak semua orang dapat merasa apa yang kita rasa sebenarnya. Berapa ramai parents nak anak dan yang tak dapat merasainya. Setiap pengalaman yang aku lalui aku sentiasa positif. Moments ni buat aku betul2 enjoy. Rasa nak pregnant lagi. 9 bulan tu macam kejap je rasa. Bab pregnant lagi kena bincang dengan Mr Husband sebab akakk kan caesarean.


P/S: pantang ke 24. 20 days to go...go, go.

Tuesday, August 4, 2015

Setahun berlalu...


Setahun berlalu.  Antara aku dan dia.  Memang sakit. Sakit yang tiada ubatnya.  Sakit yang bertahun untuk sembuh.  Sakit yang membuat hati mati...

4 Ogos 2014. Hari yang merubah diri sepenuhnya 360 darjah. Terima kasih untuk si dia. Kerana kau, aku sakit. Kerana kau, hati aku lumpuh seketika.  Kerana kau, aku kenal erti putus asa untuk hidup. Kerana kau,  aku hidup dalam kekhilafan...

Maaf,  jika aku pernah salah.

Dan aku ucapkan terima kasih,  sebab pernah jadi sebahagian dari hidup aku dulu.  Terima kasih, kerana kau aku menemui seorang yang lebih baik.  Terima kasih.



➡ Untuk kau...

dah selalu aku merasa seperti ini
bercinta separuh nyawa tapi ku mati
dah terlalu biasa
dah terlalu biasa seperti ini

apa lagi yang perlu aku lakukan
bila semua telah aku laksanakan
tetap tak mencukupi

telah aku bagi seluruh jiwa ini
ku koyakkan ku jahitkan terus ke hati

namun tak pernah cukup untuk dia
dia kata aku ini tak sempurna
seperti perempuan itu yang dia mahu
yang tetap dia mahu tetap dalam hati itu

aku seperti sudah begitu sakit hati
--terjadi lagi setiap kali
telahku bagi hati yang telah aku kunci pada dia yang pernah kata mau janji

bila aku kepungkan diri aku dia katakan "bukakan diri itu"
bila aku hunuskan pedang dia tarik dulu
dia kata dia tetap mau aku
dia tetap mau cinta aku

asyik2 aku merasa disampahkan
sedangkan selama ini kubagikan berlian
kubagikan setiap apa yang ku ada
kubagikan setiap yang diminta
tetap tak sempurna

bagaimana perlu aku lakukan lagi
bila pula ku ini tidak pernah memenuhi jiwanya

aku tak tau lagi
aku tak tau lagi
aku tak tau lagi
katanya

mau apa ku bikin untuk dia
perlukah aku melutut dan meminta2?
ku maukan engkau tetap di hati
perlukah engkau untuk pergi?

takkan ada sesiapa yang mencintai engkau
sebagaimana aku memegang engkau

sampai bila hendak kau main lari2 lagi
sampai bila?
apakah sampai aku jadi mati?

setiap kali aku lihatkan semua orang
tetap kau hargakan mereka yang terbilang
sedangkan ku bagi setiap rasa hati ini

kau memang lelaki seperti binatang
yang menjadikan aku perempuan jalang
engkau tak harus hidup
malam ini kau akan ku kecup

kau bunuh aku di dalam diri
kau biarkan aku mati
apa kau fikir aku akan biar kau pergi
aku akan ikut kau berjalan
sampai kau mati

sampai kau mati.

Tuesday, July 28, 2015

Sepertinya


sepertinya aku ini jalan yang yang kosong
sepertinya aku ini kaca yang bolong

dan sepertinya tak ada siapa yang melihat aku di sini

dan sepertinya ada cahaya bila aku terus terbang tinggi ke atas langit jingga

sepertinya aku ini terhukum oleh tuhan kerna aku ini penuh dgn benci

sepertinya takkan ada sesiapa yang sudi bersama aku untuk memahami

sepertinya aku dipaksa untuk mati dan terus dihempas jatuh tak berkebumi

sepertinya takkan ada siapa pun yang sudi bersama menemani aku sampai pagi
kerna aku mahu sebenarnya ada peneman yang memeluk jiwa aku
yang meneman aku sampai biru


kerna aku begitu ingin merasakan dicinta seseorang itu

sepertinya aku ini bolong, kosong, lohong, semuanya
itu semuanya aku

kenapanya aku ini tak bisa untuk menyedari yang aku ini tetap bukan siapa2?
sepertinya
sepertinya

sepertinya aku ini debu yang tak punya harga apa
sepertinya aku angin yang tiada
sepertinya aku ini wujud tanpa adanya apa makna

maka untuk apa aku di sini?

Friday, July 24, 2015

Kepercayaan

Assalamualaikum...

Hai. Lamakan aku tak update pape. Kan raya. Hehe.  Selamat hari raya maaf zahir batin untuk olls. Esok aku dah start untuk memulakan tugas setelah seminggu bercuti raya. Yaarggghhhhhh~ semangat!  Cayok Adawi.

Kepercayaan. 
Kepercayaan ini aku ibarat kan selembar kertas. Sekali teramas dan kusut, ia takkan kembali sempurna.  Amboi... ayat tersirat sangat ni. Kita bertahun belajar untuk memberikan kepercayaan, tapi dalam masa sesaat ia hancur dan selamanya untuk membina semula kepercayaan itu.


Ye, betul.  Ini lah yang aku tempuhi sekarang.  Membina semula kepercayaan dalam keadaan diri aku yang rapuh. Hati yang rapuh sebenarnya.  Kepercayaan aku dikhianati oleh orang yang aku pernah sayang.  Sadis~  
Sakit. Sakit bila kepercayaan itu dikhianati. Pengalaman pahit kelat yang aku lalui. Tapi untuk seseorang yang aku sayang, seseorang yang sudi menerima aku seadanya, aku bina semula kepercayaan itu demi dia. Aku cuba apa yang terbaik untuk hubungan kami yang sangat baru.


Kepercayaan seperti pemadam. Ia akan semakin kecil dan kecil setiap kali kita memadam kesalahan. Semoga aku semakin tabah. Untuk Encik Suami,  saya cuba untuk memberikan kepercayaan yang saya ada untuk awak. Saya cuba sedaya upaya. Terima kasih sebab banyak bersabar untuk saya.  Kadang-kadang saya agak lost sikit.




"kadang2 hidup sendirian di atas muka bumi ini;
begitu menakutkan
begitu menyeramkan

kadang2 bila kita rasa semua org ada ramai di keliling kita
berapa org yang perasan sebenarnya kita derita?

terlalu susah untuk hidup sekarang
tersalah percaya--
hah, habis kau diserang

kepercayaan itu sebenarnya sudah ilusi
dalam dunia ini--
kita sendiri

sendiri
tapi di sekali-sekala yang bila kita sudah berikan hati kita
kita rasakan
"hey, yang ini memang aku boleh percaya"
"aku begitu percaya"

diambilnya hati tadi
dan dibelah2 dikerat mati
dibiarkan kita terus sendiri
terbengkalai sendirian lagi

maka bagaimana untuk kita percayakan pada dunia
bila dunia selalu membelakangkan kita?
lalu bagaimana kita mahu terus hidup
bila tidak ada sesiapa yang mahu memujuk kita--
--di saat derita
--bila kita gelita?

lalu aku katakan pada diri yang dunia ini memang sebenarnya begitu jahat
aku hilang kemanusiaan dalam diri
aku biarkan benci terpahat

aku pandang semua dan aku kata
"tak akan ada yang ku percaya"
"yang pergi semua terkenang"

lalu sebelum dunia memaling pada aku,
aku palingkan pada dunia itu
sebelum orang menghancurkan aku,
aku hancurkan dia dulu

aku mengharap pada dunia akan terus pejus dan terus mati
tapi di dalam;
aku sendiri

kita sebenarnya bencikan sesuatu kerana kita terlalu cinta
tapi apalah makna cinta bila tidak ada yang mahu menjaganya?"




bilamana kepercayaan sudah habis dalam diri. bilamana hati sudah mula memberi salam pergi kepada bohong2 dunia.

Friday, July 10, 2015

Dia Cinta Hatiku (=

Assalamualaikum...
 
 
Alhamdulillah pada 6 Jun yang lalu, aku selamat diijabkabulkan dengan Mohd Firdaus Bin Abdul Wahab.  Tamatlah segala kontroversi yang ada.  Ye, memg agak awal untuk aku tamatkan zaman solo J ni. Tapi Allah yang mengatur segalanya.  Kita hanya merancang tapi perancangan Allah lebih hebat lagi.
 
Pertemuan yang tak disangka.  Tak pernah terfikir dia akan menjadi suami aku.  Dia seorang kawan yang memahami dan tak sangka menjadi suami yang sangat supportive.  Terima kasih Encik Suami.
 
 
Untuk suami,
Saya harap awak jodoh saya yang Allah Swt tetapkan.
Syukur,
Saya bersuamikan awak.
Awak sangat baik bagi saya.
Kadang-kadang saya agak degil tak dengar cakap awak.
Saya suka awak bebel kat saya.
Saya sayang sangat kat awak.
Saya harap hati awak tak pernah berubah untuk saya.
Saya doakan awak menjadi suami yang soleh, semoga kerja seharian awak untuk mencari rezeki untuk kita dipermudahkan dan semoga Allah memberikan kesihatan yang baik dan keberkatan umur.   (=
 
 
Jodoh.
Walau diputuskan untuk berasingan,
Kalau sudah tertulis untuk tetap bersama --
Takkanlah terjauhkan,
Semoga dipermudahkan.
 

Thursday, July 9, 2015

Cornflakes Madu =)


Assalamualaikum.


Nak kongsi resepi cornflakes madu.

Resepi :-
 
500 gram Cornflakes
1/2 cawan madu
1/2 cawan gula perang
125 gram Mentega
1 1/2 cawan ceri bercampur kismis
Papercup secukupnya



Cara-cara :-
 
1. Cairkan mentega, madu dan gula perang dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
 
2. Campurkan mentega yang dicairkan tadi dalam mangkuk berisi Cornflakes serta campurkan ceri dan gaul rata.
 
3. Sudukan ke dalam papercup. Susun di Loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu 160 darjah celcius.